Wednesday, 30 March 2011

kisah ayah dan anak..



baru-baru ini berkesempatan mendengar ceramah motivasi...antara kandungannya cerita tentang kisah ahli sufi dan anaknya....disampaikan semula kisah tersebut dan diambil dari http://www.arab-families.com

KISAH AYAH DAN ANAK LELAKI.

Seorang ahli falsafah berkata : "Manusia boleh terbang di udara seperti burung, berenang di air seperti ikan tetapi tidak mampu berjalan di muka bumi seperti manusia"
Bercakap tentang topik berjalan, apa kiranya kita berkongsi cerita kisah seorang ahli suffi membawa anak lelakinya mengembara demi untuk mengenal erti kehidupan dan kemanusiaan.

Mereka membawa seekor keldai dan melalui beberapa kawasan penduduk . Perjalanan bermula dengan si ayah menyuruh si anak naik ke atas keldai, si ayah berjalan kaki.
Tiba di satu kawasan pertama, penduduk berkata : 'Biadap sungguh anak ini membiarkan bapanya berjalan".

Mendengar akan kata-kata itu, si ayah kemudian menyuruh anaknya turun dan dia menunggang keldai . Sampai dekat kelompok lain, orang disitu mencemuh:
"Lelaki ini tiada hati perut, dia menunggang, anak dibiarkan berjalan".

Mendengar itu, si ayah dan si anak menunggang keldai
Apabila tiba pada kelompok ketiga, orang berkata : "Sungguh tidak berperi kemanusiaan dua orang lelaki ini, binatang yang kecil begini di tunggang berdua."

Mendengar itu, maka ayah dan anak turun berjalan, tiba di satu kelompok kumpulan orang disitu berkata: "Bodoh betul kedua orang ini, ada keldai tetapi mereka berjalan".

Mendengar itu, si ayah mengikat kaki keldai pada kayu dan bersama anaknya menyandar binatang itu, tiba di satu kawasan baru penduduk ketawa sambil berkata :
:"Gila betul dua orang ini, bukankah keldai ini boleh berjalan sendiri? Apa perlu dikandar?

Setelah itu, si ayah berkata kepada anaknya : "INILAH KEHIDUPAN DI MUKA BUMI INI WAHAI ANAK KU, OLEH ITU BUATLAH APA YANG KAMU YAKIN BETUL, BUKAN APA YANG ORANG MAHU KAMU LAKUKAN". Nasihat ahli suffi itu kepada anaknya.

MORAL DARI KISAH INI : "Jika kita terlalu inginkan apa orang kata, langsung tak jadi kerja kita semua, oleh itu BERFIKIR SENDIRI DGN BIJAK DAN JADILAH INSAN YANG BIJAKSANA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN.

Renung-renungkan dan selamat beramal

0 comments:

Post a Comment